Nasihat kepada seluruh jentera dan ahli pas, Seluruh jentera dan ahli DAP, seluruh Jentera dan ahli PKR,
Penyokong penyokong Pakatan Rakyat .... Penentang penentang kezaliman UMNO , Sila turunkan, simpan, tanggal dan sorokkan bendera, banner, baju-baju, banting, sepanduk, sticker, dan perkara perkara yang menunjukan penentangan dan bantahan terbuka kepada NAJIB dan UMNO kerana perkara perakara ini tadi akan MENAKOTKAN Dato' Seri NAJIB Tun Razak untuk membubarkan parlimen.


Wednesday, November 28, 2012

Kerjasama Felda dan Yahudi



BEKERJASAMA DENGAN FELDA….


Ada pihak yang tidak percaya sewaktu saya dedahkan invois penjualan minyak sawit mentah Anak Syarikat Felda, FELDA IFFCO OIL PRODUCTS SDN BHD kepada syarikat Yahudi.
Mereka kata, minyak tersebut nak dibawa ke GAZA tetapi disekat oleh Israel. Inilah hujah dangkal Dato’ Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia(MITI).
Mungkin Mukhriz dan sesetengah dikalangan kita tidak tahu, sudah dua tahun FELDA IFFCO jual minyak sawit kpd Sykt Yahudi. Bahkan utk renew penjualan, Badan penguatkuasa tanda “halal” agama yahudi datang ke Kilang FELDA IFFCO di Pasir Gudang bagi memperbaharui sijil ‘halal’ sebelum eksport ke negara pembeli.
Apakah logiknya untuk eksport minyak sawit ke negara bergolak seperti GAZA yang penduduknya cuma 1.6 juta dengan jumlah tan metrik yang begitu besar hampir setiap bulan?
Yang eksport pula syarikat Yahudi?
Saya paparkan bukti terbaru ‘Trade Confirmation’ bagi penjualan minyak sawit bertarikh 2 Okt 2012.
Kerajaan Malaysia tidak perlu berdolak dalik, hentikan serta merta penjualan minyak sawit kpd Sykt Yahudi!
ATAU Kerajaan Malaysia AGEN YAHUDI?

Sumber : http://gengoren.wordpress.com/

Tuesday, October 30, 2012

FELDA OIL PRODUCTS TERGADAI KPD SYKT ASING!

Felda Oil Products(FOP) ditubuhkan pada tahun 1977. Ia terlibat memproses Minyak Sawit Mentah(CPO). Di Pelabuhan Pasir Gudang ia memproses 100 ribu tan metrik sebulan, selain Pelabuhan Klang 40 ribu tan sebln, Kuantan 80 tan dan Tawau/Lahad Datu 80 ribu tan sebulan.

Asalnya, kepentingan Felda dlm sykt ini 70%; namun mulai tahun 2010, ianya hanya tingga
l 30% sahaja. Selain sykt dari Jepun, Iffco Sdn Bhd yg berpengkalan di Dubai telah menguasai kepentingan majoriti dlm syarikat ini.

Selepas kepentingan majoriti dikuasai sykt asing, ia dikenali dengan nama Felda Iffco Oil Products(FIOP). Chief Operating Officer(COO) telah dilantik iaitu Nadaraja menggantikan En Abd Aziz Ahmad. Jawatan paling Strategik selama puluhan tahun yg dinikmati Bumiputera telah bertukar kpd orang asing.

Cara penggabungan antara Felda dengan Iffco untuk menubuhkan FIOP adalah amat meragukan dimana dengan mengurangkan pegangan saham bumiputera asal di syarikat. Ia suatu pengkhianatan kpd Syarikat Bumiputera.

Selepas penggabungan, urusan pemasaran diserah 100% kpd Sykt milik penuh Iffco di Malaysia iaitu IFFCO SEA yg akan menentukan harga dan margin pasaran produk keluaran FIOP. IFFCO SEA memperolehi untung besar kerana memperolehi produk dengan harga rendah dan menjualnya pula kpd pembeli dgn harga lebih tinggi. Walhal secara logik, IFFCO SEA tidak harus mengambil untung atas produk FIOP, kerana mereka telah dibayar komisen atas setiap belian dan jualan produk keluaran FIOP.

IFFCO SEA juga memasarkan hampir 50% produk keluaran FIOP kpd anak2 sykt 100% milik IFFCO spt IFFCO Msia, ERCO Sharjah, IFFCO Pakistan dll. Selain itu, IFFCO juga menjual terus MSM kpd pembeli luar dgn margin keuntungan yg tinggi. Teras utama perniagaan FIOP ialah memproses keluaran produk MSM bukan dengan mengambil alih tugas FELDA yg menjual MSM.

Kesannya, syarikat asing membuat keuntungan manakala Felda menanggung rugi. Unjuran yg ditargetkan tersasar. Sepatutnya bg tahun berakhir Disember 2012, keuntungannya mencecah RM14,892 juta, namun dah berada penghujung Okt, masih rugi.

Sejak kemasukan COO Nadaraja, hampir kesemua kerja2 kontrak dan pembelian barangan syarikat berpindah dari syarikat bumiputera kpd syarikat bukan bumiputera atas arahan beliau.

Pada bulan Jun lalu, Nadaraja mengeluarkan notis 24 jam memecat Pengurus Besar dan Pengurus Pengeluaran yg kedua2nya melayu dan ditukar kpd bangsa lain tanpa alasan munasabah.

Saya paparkan bukti terbaru yg berlaku kpd anak Syarikat Felda, akibat keghairahan mencari rakan strategik asing. Kesannya, syarikat luar buat untung, Felda tanggung rugi. Segala prosedur dan kouta bumiputera sanggup dipinda sedangkan ianya merugikan.

Syarikat asing naik tocang, CEO tempatan dibuang, pegawai kanan dipecat, projek dibolot orang asing, pekerja tempatan yang bekerja puluhan tahun dibuang sesuka hati; matlamat utk meningkatkan keuntungan langsung tidak berjaya.

Apabila FGVH sedang dilanda ketidak stabilan, harga saham tinggal RM4.68, komoditi sawit getah mengalami kejatuhan harga; kesannya amat buruk sekali. Dr Rosli Yaakob, bekas Timbalan Pengarah Bank Negara telah buat analisis awal beberapa bulan lalu. Ramalan beliau tepat 100%. ANAK sampaikan pandangan kpd YAB PM dlm bentuk memorandum lengkap, tapi dipandang remeh.

IFFCO adalah contoh kegagalan dari kerjasama strategik yg tidak adil kpd Felda. Puluh tahun asasnya dibina melalui kegigihan dan pemgorbanan pekerja tempatan. Kini, sedang bermasalah. FGVH juga mula dilanda badai yg telah dimaklumkan kepada saya melalui bukti2 yg akan saya dedah tidak lama lagi....

Sejak PM umum cadangan penyenaraian FGVH di Bursa Msia 7 Okt 2011, berbagai usaha dibuat untuk menghalangnya. Plan penambaikkan dikemukakan. Seminar dan konvensyen dianjurkan. Forum2 intelektual melalui pakar ekonomi dibuat. Perbincangan dgn SKM, Suruhanjaya Securiti dan Bank Negara dilakukan.

Ia tidak diendahkan. Sebaliknya, dihambur dgn kata2 kesat, HARAM JADAH. Ia keluar dari mulut Perdana Menteri sendiri. Kalau ada pihak yg kata ANAK hanya tahu mengkritik dan membangkang semata2; sebenarnya mereka adalah contoh manusia yg dunianya seperti katak dalam tempurung!

Bila kepentingan Bumiputera semakin mengecil, sykt asing kaya raya; siapa khianat????

Mazlan Aliman

Saturday, August 4, 2012

AMBIL PENGAJARAN DPD BERNAS

Dulu Lembaga Padi dan Beras Negara kini Padiberas Nasional Bhd(BERNAS). Asalnya milik penuh Kerajaan yg sgt strategik terhadap sekuriti makanan negara.

Bila dikorporatkan dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Msia pada ogos 1997, pegangan Kerajaan menyusut begitu rendah. Firma pelaburan dari Hong Kong, Wang Tak Co Ltd muncul pemegang saham tunggal terbesar iaitu 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.


Kerajaan BN pertaruhkan soal sekuriti makanan kpd sykt asing semata2 fikir untung. Inilah transformasi agaknya. Lepas Bernas, Felda...lepas tu Felcra dan Risda. Jual lah semuanya pada sykt luar...

Dlm Perhimpunan Agong UMNO, berdegar2 berbicara soal melayu...
UMNO mesti jadi tunggak orang melayu, kepentingan institusi melayu.
Pergi Luar Negeri, gadai semuanya; sebab apa...boleh masyukkkkk!!!

Kata Ibrahim Pendek...lihat, sape yang kena!

Thursday, August 2, 2012

Demo Besar Besaran Buruh Seluruh Malaysia

mari kita lihat berapa banyak duit dari KWSP telah digunakan untuk membeli saham2 FGVH ni..tu baru kwsP..belum masuk lagi dari tabung haji..kumpulan wang persaraan (KWAP)..tapi harga terus turun...

Beli

EMPLOYEES PROVIDENT FUND BOARD- Purchase of 2,445,800 shares on 30/07/2012
EMPLOYEES PROVIDENT FUND BOARD - Purchase of 2,000,000 shares on 27/07/2012
EMPLOYEES PROVIDENT FUND BOARD - Purchase of 5,572,800 shares on 26/07/2012
EMPLOYEES PROVIDENT FUND BOARD - Purchase of 3,000,000 shares on 25/07/2012
EMPLOYEES PROVIDENT FUND BOARD - Purchase of 2,892,100 shares on 24/07/2012
EMPLOYEES PROVIDENT FUND BOARD - Purchase of 2,374,000 shares on 23/07/2012
EMPLOYEES PROVIDENT FUND BOARD - Purchase of 900,000 shares on 20/07/2012
EMPLOYEES PROVIDENT FUND BOARD - Purchase of 379,400 shares on 09/07/2012
EMPLOYEES PROVIDENT FUND BOARD (CIMB PRI) - Acquired 440,600 shares on 04/07/2012
EMPLOYEES PROVIDENT FUND BOARD (ARIM) - Acquired 100,000 shares on 04/07/2012
EMPLOYEES PROVIDENT FUND BOARD (TEMPLETON) - Acquired 864,700 shares on 04/07/2012

EMPLOYEES PROVIDENT FUND BOARD - Acquired 673,300 shares on 03/07/2012
EMPLOYEES PROVIDENT FD BD (MAYBAN) - ACQUIRED 147,500 ON 29/06/2012
EMPLOYEES PROVIDENT FD BD (ARIM) - ACQUIRED 140,000 ON 29/06/2012
________________________________________________________________

Jual

EMPLOYEES PROVIDENT FUND BOARD (ARIM) - Disposal of 300,000 shares on 27/07/2012
EMPLOYEES PROVIDENT FD BD (AMUNDI) - Disposal of 1,500,000 shares on 26/07/2012
EMPLOYEES PROVIDENT FUND BOARD (ARIM) - Disposal of 100,000 shares on 25/07/2012
EMPLOYEES PROVIDENT FD BD (HDBS) - Disposal of 1,202,000 shares on 09/07/2012
EMPLOYEES PROVIDENT FD BD (MAYBAN) - Disposal of 500,000 shares on 09/07/2012
EMPLOYEES PROVIDENT FUND BOARD (CIMB PRI) - Disposal of 533,400 shares on 09/07/2012
EMPLOYEES PROVIDENT FD BD (MAYBAN) - Disposal of 150,000 shares on 06/07/2012
EMPLOYEES PROVIDENT FUND BOARD (CIMB PRI) - Disposal of 1,682,500 shares on 06/07/2012
EMPLOYEES PROVIDENT FD BD (MAYBAN) - Disposal of 70,000 shares on 05/07/2012
EMPLOYEES PROVIDENT FD BD (MAYBAN) - Disposal of 130,000 shares on 04/07/2012
EMPLOYEES PROVIDENT FD BD (MAYBAN) - Disposal of 150,000 shares on 03/07/2012
EMPLOYEES PROVIDENT FD BD (MAYBAN) - Disposal of 150,000 shares on 02/07/2012

TOTAL BELI 21,930,200 unit saham
TOTAL JUAL 6,467,900 unit saham

JUMLAH KESELURUHAN PEGANGAN KWSP DALAM FGVH = 202,971,400
--------------------------------------------------------------------------------------------

Tenaga Kerja Seluruh Malaysia HARUS BANGKIT menyatakan bantahan WANG SIMPANAN PERKERJA digunakan Sewenang wenangnya oleh Kerajaan Barisan Nasional

Sunday, July 29, 2012

'Leftenan Adnan', Sdr Hairie Othman berceramah secara bersahaja

Friday, July 27, 2012

KEPEKAAN SEMUA PIHAK SANGAT DI HARGAI



Saya sangat gembira kerana isu penyenaraian FGVH menarik minat banyak pihak. Golongan pro Umno dengan hujah mereka. Dulu susah, sekarang dah selesa nak apa lagi. Durian runtuh dapat pulak. Takkan lah PM nak tipu kita. Pembangkang sj yg tak tau bersyukur, jd penghasut tak habis2. Untung FGVH, kita dpt dividen 20% melalui Tabung Amanah Peneroka.

Bagi yg menentang penyenaraian FGVH di Bursa Msia pula ada hujah mereka. Saya hargai segala pandangan dan kritikan berbagai pihak. Setidak2nya keprihatinan masyarakat jauh lebih baik dari dulu. Soal samada hujah yg dikemukakan relevan atau tidak, itu soal lain.

Saya paparkan pada kali ini mengenai perjanjian pajakan yg harus dipatuhi. Adalah pelik apabila Kerajaan Negeri Kelantan, Selangor dan Kedah tidak di rundingi mengenai status tanah Felda Plantation di negeri mereka. Ia jelas ada dlm prospektus FGVH. Apabila Isa Samad menghantar surat kpd MB Terlibat; dan Kerajaan Negeri tidak berminat memajak kpd FGVH selama 99 tahun tanah mereka, seharusnya FGVH menghormati pendirian Kerajaan Negeri. Ini belum lagi di lihat dlm konteks tanah tersebut sudah ada hakmilik atau belum.

Untuk pengetahuan, Kerajaan BN Johor, Sabah dan Perak pun tak setuju mengenai status pemilikan tanah Felda Plantation. Bila saya sebut banyak golongan pak angguk dlm Felda, ramai yg tersentuh dan marah dengan saya. Ketika saya bersama Lawyer Razak Ahmad, Hassan Karim dan Salleh Ahmad mempertahankan Felda Cahaya Baru dari di faraidkan beberapa kerat pimpinan Umno tempatan; berapa ramai peneroka dan anak peneroka yg sedar?
Kami serah memo kpd MB Johor dari zaman Muhyiddin sampai ke Ghani Othman, siapa yg bersama? Nasib Felda Sg Buaya, Labu Johnson, Sendayan dan Bkt Cerakah....menang sorak kampung tergadai!

Dari awal lagi, memang saya dan ANAK membantah penyenaraian FGVH ke Bursa Msia. Walaupun boleh dipertikai dakwaan yg mengatakan yg membangkang golongan minoriti. Saya yakin, kalau secara demokratik dibuat forum, dialog, debat mengenai baik buruk penyenaraian FGVH selama beberapa bulan dengan menampilkan pakar2 ekonomi kedua2 belah pihak; kalau dibuat referendum belum tentu memihak kerajaan BN. Soalnya, selama 8 bulan sejak Najib umum melalui pembentangan Bajet tanggal 7 oktober 2011; adakah pendekatan telus dan bebas dibuat?

65% pengurusan tertinggi Felda melalui kajian di bawah FGVH sendiri tidak bersedia dengan penyenaraian FGVH, Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, En Shamsudin Othman bersama Jawatankuasanya buat sidang media di KL membantah, Tan Sri Rozali Ismail ambil inisiatif wujudkan GEMPAK. Saya baca memo GEMPAK kpd PM. Sebahagian besar kandungannya senada dengan pemdirian ANAK. Dua kali saya temui YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Penentangan dan pandangan beliau sgt keras. Penyenaraian FGVH akhirnya akan menjadikan peneroka Felda sehelai sepinggang!
Siapa kita nak sanggah Tengku Razaleigh Hamzah...

Apapun, kepekaan banyak pihak terutamanya Gen 2 dan 3 Felda amat saya alu2kan. Akhir2 ini pula bukan sahaja minat dari media dan blogger, penyelidik dari IPTA, IPTS dan Ngo menemui saya. Tokoh2 VIP dan penganalisis ekonomi turut berbincang dengan kami. Kita bertukar2 pandangan. Selepas hariraya ini ada banyak event penting akan dijayakan.

Moga usaha kita diberkati Allah.

Thursday, July 26, 2012

Tidak Seinci pun tanah Felda Akan tergadai ...

Mazlan Aliman

Tanah Felda Plantation

Saya menyarankan kepada rakan Fb dan teman2 agar membaca hansard Parlimen bertarikh 27 April 1960. Ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tun Abd Razak ketika membentangkan Rang Undang2 Akta Group Settlement Act 1960.

Perlu difahami, tanah adalah tertakluk haknya di bawah Kerajaan Negeri. Di bawah Akta GSA, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk mewartakan dua kawasan penempatan iaitu:-

a. Kawasan Petempatan Luar Bandar- Rural Settlement Areas(seksyen 5)
b. Kawasan Petempatan Bandar- Urban Settlement Areas(seksyen 6)

GSA adalah merupakan satu instrumen undang2 utk, memberikan kuasa kepada Kerajaan Negeri bagi mewartakan satu Rancangan Berkelompok, dan mencari peserta yg bernama peneroka untuk membangunkan tanah2 dlm Rancangan Berkelompok tersebut.

PENDEDAHAN: Bajet Felda 2012

Dokumen ini adalah dari Bajet Felda 2012. Ia lanjutan pendedahan saya mengenai defisit yg bakal ditanggung oleh Felda selepas penyenaraian FGVH di Bursa Msia 28 jun lalu. Sekaligus menjawab kesangsian sesetengah pihak fakta yg dikemukakan.

Bajet ini dikemukakan dalam Seminar Pengurusan Tertinggi Felda dan merumuskan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahun 2012.

A. Pendapatan diperolehi dari Pajakan Perladangan Felda Plantation, 15% Keuntungan Perkongsian Pertanian, Pelaburan, sumber dalaman spt hasil sewaan, jualan rumah projek Feldajaya, projek khas dan hasil daripada lot Felda.

B. Antara yang termasuk dalam Perbelanjaan yang mungkin kita tidak tahu selama ini ialah bayaran pinjaman hutang Felda sebanyak RM6.5 bilion kpd KWSP. Tahun 2012 sahaja RM171.500,000 diperuntukkan utk bayar pinjaman kpd KWSP sahaja. Walhal kita curiga kemana pinjaman ini disalurkan!

Menjadi tandatanya juga ialah kenapa pula Felda yg harus menanggung Projek Bekalan Air Negeri Pahang berjumlah RM 100 juta dan sumbangan Pembangunan Negeri Sabah berjumlah RM 131,990,000. Ini tanggungjawab Kerajaan Negeri dan Pusat menerusi peruntukkan prasarana dan pembangunan luar bandar.

Saya akan dedahkan terma2 penting bagi membuktikan hujah bahwa selepas penyenaraian FGVH di Bursa Msia;utk tahun 2012 sahaja, defisit sebanyak RM600,576,242. Ia tidak berlaku sebelum ini. Kehilangan pendapatan terbesar dari hasil Ladang Felda Plantation iaitu RM 1,436,520,583 yg direkodkan pada tahun 2011.

Ada orang tidak mempercayai tanah Felda Plantation seluas 360,000 hektar boleh menjana pendapatan hingga RM 2 bilion setahun. Utk makluman, itulah unjuran daripada Felda Plantation sendiri. Bahkan, jika bandingkan dengan Sime Darby dan IOI, tanah seluas Felda Plantation sepatutnya memperolehi pendapatan lebih daripada iti.

Tema Bajet Felda 2011- Kearah Menjayakan Transformasi Negara. 2012- Merealisasikan Transformasi. Bajet Negara 2012- Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara.
Penyenaraian FGVH di Bursa Msia dah berlaku. Logiknya, pendapatan berlipat kali ganda sepertimana yg diwar2kan; apa yang berlaku, DEFISIT...DEFISIT.....DEFISIT.

Nantikan pendedahan berikutnya, SELAMAT BERPUASA.


MAZLAN ALIMAN

Tuesday, July 24, 2012

MONOPOLI FELDA GLOBAL VENTURES

Diantara tanggungjawab yg mesti disempurnakan oleh FELDA sebagaimana dalam perjanjian antara FELDA dengan FGVH ialah ' memastikan FGVH di beri kenikmatan aman sentosa(quiet enjoyment).

Justeru, Tan Sri Isa Samad selaku Pengerusi FGVH wajib diberi segala layanan bertaraf lima enam bintang sesuai dengan peruntukkan perjanjian sedia ada. Elaun ratusan ribu sebulan, saham FGVH 180,000 unit, pemandu, pembantu rumah, tukang kebun, tukang masak dan semua nikmat yg membawa kepada aman sentosa!!!

Boleh baca sendiri segala hak atas komoditi sawit dan getah yg dikuasai sepenuhnya oleh FGVH. Ketika ini semua signboard di 150 Ladang Felda Plantation telah ditukar nama kpd Felda Global Ventures Mempaga(contohnya). Anak2 Peneroka jadi penonton sahaja. Apa nak buat, dah takdir Allah....

Bukan itu sahaja pengendalian tanam semula dan insentif tanam semula dari Kerajaan pun dibolot sepenuhnya oleh FGVH. Lebih hebat lagi, mengendali dan membina infrastruktur pun milik FGVH. Berbilion nilai projek setiap tahun. Terpulang kpd Isa Samad nak beri projek kepada kroni2nya.

Peneroka dan Gen 2 Felda tak boleh marah; nanti kena jual, kata Sadeq Sigaraga dlm filem 3 Abdul.
Kita kena bersyukur, jangan kufur nikmat. Itu dah rezeki Isa Samad...

Mazlan Aliman

P/S : Apa yer yang di maksudkan KENIKMATAN AMAN SENTOSA (QUIET ENJOYMENT).......dalam maksudnya tu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...